___________________________________________
JABATAN PENGAJIAN SEPANJANG HAYAT
__________________________________________
JABATAN PENGAJIAN SEPANJANG HAYAT Kolej Komuniti Kuala Terengganu bertanggungjawab dalam menguruskan kursus pendek kolej dan program pembangunan staf Kolej Komuniti Kuala Terengganu.
Namun kini, kursus pendek yang ditawarkan adalah berbentuk Latihan 1 Malaysia yang banyak memberi manfaat dan kepentingan kepada komuniti setempat.
_____________________________________
LATIHAN 1 MALAYSIA
_____________________________________
Pengenalan
Ia adalah ilham YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak dalam pembentangan Bajet 2011 bagi membantu meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat setempat melalui Latihan 1 Malaysia.
Objektif
Objektif perlaksanaan Program Latihan 1Malaysia Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia adalah :
- Meningkatkan kemahiran komunikasi masyarakat setempat
- Membantu masyarakat setempat dalam meningkatkan kemahiran dan pengetahuan
- Mengurangkan masalah sosial belia
- Memenuhi ciri-ciri konsep Nilai Murni 1 Malaysia melalui pendidikan dan kemahiran
- Memberikan peluang pendidikan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur, bangsa dan kedudukan
Syarat Kelayakan
Program Latihan 1Malaysia adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat Warganegara Malaysia, termasuklah- Boleh membaca dan menulis (Pesara kerajaan/Warga Emas/Belia/Lulusan Universiti/Lepasan Sekolah)
- Pekerja yang sedang bekerja juga boleh memohon
- Masyarakat komuniti setempat amatlah digalakkan memohon
Yuran Kursus
- Program Kemahiran Bahasa - RM10.00 / Kursus (Pakej)
- Program Kemahiran Lain - RM 1.00 sejam (Bayaran Dicaj Mengikut Jam Kursus)